Monday, December 1, 2008

ZUNAR -Limited Edition




Dsikripsi Saiz :
XS 36, S 38, M 40, L 42, XL 44 (free size) XXL 46

Dapatkan Tshirt Eksklusif ini pada harga RM28.00 (Lengan Pendek) RM32.00 (Lengan Panjang - Hitam & Putih sahaja) termasuk bayaran Pos. Bagi pembeli dari luar Kuala Lumpur, sila tambahkan bayaran POS RM 2, setiap helai tempahan. Sabah dan Sarawak, bayaran POS RM 5 setiap helai.


Untuk sebarang pertanyaan, emel:


Bayaran boleh dibuat melalui
Kiriman Wangpos Atau Cek ke Alamat :

ANIMATORS ARTWORKS
3B Tingkat 2 Jalan MJ 7,
Medan Maju Jaya,
46000 Petaling Jaya, Selangor.
Tel / Fax : 03-77701160


Cara pembayaran:

1. Pilih dan tetapkan tempahan.
2. Jumlahkan harga pesanan dan tambahkan dengan caj penghantaran (jika berkenaan).
3. Sediakan WangPos/Kiriman Wang/Cek mengikut harga dan jumlah pesanan.
4. Poskan WangPos/Kiriman Wang/Cek beserta dengan diskripsi Produk yang ditempah.
Sertakan Nama, Alamat, Saiz, Warna, dan Jumlah Tshrt yang ditempah ke alamat yang
tertera di atas.

5. Tunggu 3-7 hari untuk penghantaran. Penghantaran akan terus dibuat setelah pengesahan
bayaran diterima.


Thursday, October 30, 2008

MEMENUHI UNDANGAN DAN TAJAAN Program DAC'08 di UTP Tronoh

Bergambar bersama Krew DARUL DIGITAL (rakan pameran seperjuangan dari Pusat Animasi Darul Digital Kota Bharu Kelantan) Beberapa input menarik dapat dibincangkan dalam sesi borak-borak kami bersama ketua Whip mereka, En Jat.

Khusyuk ! KATON, Art TIONGMAN dan VICO sabar melayan permintaan pengunjung melalui tempahan Karikatur.

Alhamdulillah. Pada 27 Okt kami berangkat ke Universiti Teknologi Petronas UTP di Tronoh, Perak bagi memenuhi undangan penajaan dan pameran dalam program Digital Art Competition DAC'08 di Universiti tersebut. Program selama dua hari bermula 28 Oktober dan berakhir pada 29 Oktober.
Macam biasa, aktiviti kami adalah jualan produk Original Member, sesi ramahtamah serta menerima tempahan Lukisan Karikatur. Antara krew yang turut serta adalah Art Tiongman, Katon, Cai, Ameen, Vico, Aiman takisa serta Incik Ibnukaduk.

Terimakasih UTP dan Kelab MEDIATECH UTP atas sokongan, jemputan dan layanan mesra warga kalian.


Monday, August 18, 2008

Zoo Negara Kid's Carnival 2008

Pandangan gerai kami masa takda orang datang. (baru lepas hujan lebat)
Salah satu produk kami ( T-shirt Amir Amira yang berorientasikan kartun berakhlak mulia )

Tengah mengemas barang di bawah meja. Tak sempat angkat kepala, flash kamera dah menyambar.

Produk Keluang Man Original Member juga turut kami bawa untuk dijadikan koleksi menarik.
Salah seorang 'peminat setia kami' En Irsyad @ Madu 3 studio. Sebenarnya beliau adalah rakan niaga kami yang sering membantu kala susah lebih-lebih lagi time dia senang.

Hari ni, beliau memborong 15 helai Tshirt Baby Keluang Man. (Tengok tangan dia tu, katanya untuk anak dari isteri ke 2 beliau yang bakal dinikah tahun-tahun mendatang.

Ni sebenarnya gambar encik Irsyad dan familinya. Famili Muslim!

Antara produk kami yang lain dari yang lain.

"Alhamdulillah"

Sekarang ( 18 Ogos-24 Ogos 2008 ) sedang berlangsungnya My Zoo Kid's Carnival di Zoo Negara. Kami, Animators Artworks ( Keluang Man Original Member Club ) turut diberi peluang dan kesempatan bersama dalam program menarik di zoo kita ini. Akhir kata, kepilan foto-foto di atas mampu menterjemahkan apa yang berlaku di sana. Datanglah beramai-ramai meriahkan zoo kita di samping beramahceria bersama kartunis dan para animator yang selama ini hanya berlindung di belakang tabir penerbitan. Sokonglah industri dan produk kartun tempatan serta Cintailah Haiwan dan alam sekitar.

Antara kartunis dan animator yang hadir bersama kami adalah Duku, Nuds, Katon, Tiongman, Belitong, Ayong dan juga dengar khabarnya Boy PJ pun akan turut serta memeriahkan acara melukis karikatur.