Thursday, October 30, 2008

MEMENUHI UNDANGAN DAN TAJAAN Program DAC'08 di UTP Tronoh

Bergambar bersama Krew DARUL DIGITAL (rakan pameran seperjuangan dari Pusat Animasi Darul Digital Kota Bharu Kelantan) Beberapa input menarik dapat dibincangkan dalam sesi borak-borak kami bersama ketua Whip mereka, En Jat.

Khusyuk ! KATON, Art TIONGMAN dan VICO sabar melayan permintaan pengunjung melalui tempahan Karikatur.

Alhamdulillah. Pada 27 Okt kami berangkat ke Universiti Teknologi Petronas UTP di Tronoh, Perak bagi memenuhi undangan penajaan dan pameran dalam program Digital Art Competition DAC'08 di Universiti tersebut. Program selama dua hari bermula 28 Oktober dan berakhir pada 29 Oktober.
Macam biasa, aktiviti kami adalah jualan produk Original Member, sesi ramahtamah serta menerima tempahan Lukisan Karikatur. Antara krew yang turut serta adalah Art Tiongman, Katon, Cai, Ameen, Vico, Aiman takisa serta Incik Ibnukaduk.

Terimakasih UTP dan Kelab MEDIATECH UTP atas sokongan, jemputan dan layanan mesra warga kalian.