

Alhamdulillah. Pada 27 Okt kami berangkat ke Universiti Teknologi Petronas UTP di Tronoh, Perak bagi memenuhi undangan penajaan dan pameran dalam program Digital Art Competition DAC'08 di Universiti tersebut. Program selama dua hari bermula 28 Oktober dan berakhir pada 29 Oktober.
Macam biasa, aktiviti kami adalah jualan produk Original Member, sesi ramahtamah serta menerima tempahan Lukisan Karikatur. Antara krew yang turut serta adalah Art Tiongman, Katon, Cai, Ameen, Vico, Aiman takisa serta Incik Ibnukaduk.
Terimakasih UTP dan Kelab MEDIATECH UTP atas sokongan, jemputan dan layanan mesra warga kalian.