Monday, August 18, 2008

Zoo Negara Kid's Carnival 2008

Pandangan gerai kami masa takda orang datang. (baru lepas hujan lebat)
Salah satu produk kami ( T-shirt Amir Amira yang berorientasikan kartun berakhlak mulia )

Tengah mengemas barang di bawah meja. Tak sempat angkat kepala, flash kamera dah menyambar.

Produk Keluang Man Original Member juga turut kami bawa untuk dijadikan koleksi menarik.
Salah seorang 'peminat setia kami' En Irsyad @ Madu 3 studio. Sebenarnya beliau adalah rakan niaga kami yang sering membantu kala susah lebih-lebih lagi time dia senang.

Hari ni, beliau memborong 15 helai Tshirt Baby Keluang Man. (Tengok tangan dia tu, katanya untuk anak dari isteri ke 2 beliau yang bakal dinikah tahun-tahun mendatang.

Ni sebenarnya gambar encik Irsyad dan familinya. Famili Muslim!

Antara produk kami yang lain dari yang lain.

"Alhamdulillah"

Sekarang ( 18 Ogos-24 Ogos 2008 ) sedang berlangsungnya My Zoo Kid's Carnival di Zoo Negara. Kami, Animators Artworks ( Keluang Man Original Member Club ) turut diberi peluang dan kesempatan bersama dalam program menarik di zoo kita ini. Akhir kata, kepilan foto-foto di atas mampu menterjemahkan apa yang berlaku di sana. Datanglah beramai-ramai meriahkan zoo kita di samping beramahceria bersama kartunis dan para animator yang selama ini hanya berlindung di belakang tabir penerbitan. Sokonglah industri dan produk kartun tempatan serta Cintailah Haiwan dan alam sekitar.

Antara kartunis dan animator yang hadir bersama kami adalah Duku, Nuds, Katon, Tiongman, Belitong, Ayong dan juga dengar khabarnya Boy PJ pun akan turut serta memeriahkan acara melukis karikatur.